Tuesday, 1 November 2011
Perginya dia memberi satu erti kehilangan yang besar
Tanggal 28 Oktober 2011 bersamaan 1 Zulhijah tahun 1432 H jam 11+ malam...perginya Allahyarham Molok Bin Ojek atau udak molok meninggalkan kami sekeluarga. Pemergiannya tanpa diduga,diiringi dengan titisan air mata kepada sesiapa yang rapat dengan Allahyarham. Mungkin ini adalah ketentuan tuhan buat dirinya. Perginya tidak disamping keluarga yang tercinta, tanpa pengetahuan keluarga Allahyarham sendiri. Yang pergi tak kan kembali...hanya doa dan Alfatihah sebagai pesanan buat dirinya di alam Barzakh. Tiada kata yang terakhir buat dirinya. Tiada kata buat kami sekeluarga. Mungkin ini adalah permintaan nya kepada Allah supaya tidak menyusahkan keluarga nya denagn yang lain. wajah sayu anak-anaknya dan tangisan isterinya yang tersayang memberi kesan yang amat mendalam kepada kami sekeluarga kerana pemergiannya tanpa kami sekeluarga duga...Alfatihah
jam 1 am...aku menerima panggilan telefon dari usu. Dengan nada yang sayu dan pilu...usu memberitahu aku,udak dah meninggal.dalam keadaan yang terkejut seolah-olah itu hanya gurauan. hanya tuhan yang tahu hati dan perasaan aku ketika itu. dengan hati yang tenang...ku bergegas memberitahu pakcik ku tentang berita ini.ku hanya pasrah.terima ketentuan tuhan,suamiku pad aketika itu yang hendak nyenyak tidur...terbangun bila melihat ku dalam keadaan mengejut. anak-anak semua ku bangunkan.malm tu aku sampai dirumah mayat.melihat wajah arwah.hati ini bagaikan hancur.namun aku pasrah.kerana arwah merupakan seorang yang rapat dengan aku.suasana pilu menyelubungi aku dirumah mayat,melihat kepada anak arwah yang tak mampu lagi berbicara kerana terlalu terkejut dengan kematian bapa mereka.hati ini makin bertambah sayu dan pilu. sehinggalah pada keesokan paginya,sepatutnya aku menghadiri satu mesyuarat BOD pada hari itu,tetapi ku batalkan saja.kerana tiada yang lebih penting bagi aku selain ku utamakan keluarga dahulu dari kerja.pagi itu masih lagi dalam rumah mayat.kali terakhir aku melihat wajah arwah ketika hendak dikafankan.sempat aku memberi kucuran air buat kali terakhir dan mencium arwah.itulah saat yang paling tidak ku lupakan. Arwah dikebumikan hari itu juga iaitu pada sebelah petangnya.Semoga Arwah tenang dan rohnya dicucuri rahmat,diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thank you...