Wednesday, 30 November 2011

Thursday...

wahhh ari tok hati aku senang even malam tdk aku tang emo!!hehehe,semangat ku nak molah kerja ari tok.Alhamdulillah..pastok aku polah time table ku pun.dah December dah.sik berasa masa berlalu dengan laju.pejam celik pejam celik dah sampe bulan terakhir tahun 2011.welcome 2012.syukur Alhamdulillah.aku masih lagi bernafas.diberik kesempatan oleh Allah untuk berbuat kebaikan.Harap yang berlalu jadi kenangan n sik da nak dikenang-kenang agik :) .Misi pertama ari tok...nak berpikir tentang benda yang belum gik siap2 iaitu updating fail kelab..waaaa lamak dah tertangguh kerja tok.p sik halla polah ajak..nama dah tanggungjawab.wat to do?u hav to...tahun baru 2012 insyaAllah nak manag lagik semua knowledge n everything bout work.InsyaAllah...n jika da kesempatan juak n rezeki lain...i move on.

Tuesday, 29 November 2011

life Must Go On

Assalamualaikum W.B.T, Hari tok aku semun sikit...coz something happen yesterday.how's ur life?life it's not so easy as we thinking n unpredictable things may happen to me or u...hard to think...n hard to accept the fact. walaupun dimuka senyum n dihati jiwa melara. Hanya Allah saja yang tahu betapa pedih nya betapa peritnya dugaan yang datang. Tapi hidup mesti diteruskan.demi orang-orang yang sayang dengan aku. Kerja tetap kerja,fikiran sik boleh terganggu dengan masalah peribadi.Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk aku hari ini.. Sekian,Wassalam...

Monday, 28 November 2011

Kisah perjalanan hidup yang tak pernah putus...selagi jasad dikandung badan NOVEMBER RAIN

Banyak perkara yang sik sempat momo nak update dalam blog tok.Nway,kisah duka suka dalam hidup mesti la ada nak..mun sik gia,sik da la pahit manis ranjau kehidupan.Ce...wahhhh.memang ari tok aku sik da mood.sik maok ceta pasal bad mood dolok ceta pasal nak bags2 lok.hal-hal nak happy jak lok.bulan 11 tok ajak byk ceta happy.first of all..kazen ku dah nikah.coming soon on Dec.Kazen aku nikah bulan 11 tek,nang kacak la tarikh nya 11.11.11 n sanding on 12.11.2011.kacak tarikh ya---->semoga bahagia ke anak cucuk.malas nak update gamba maok main transfer2 gik k bluetooth.ya la malas ku koh.Tema semua kaler merah,hitam ,putih. dalam majlis sanding ya (dipolah didewan) so panas...n semestinya panas seperti baju kurung warna merah aku pake.huhhh...p,nasib hubby ku pintar duduk dibah kipas.so sik la berkaus kedak org duduk tgh dewan ya.dah selesai.Dalam bulan 11 tok juak tek...kazen ku nak nikah bulan 12 gik kelak.p ku sedih gilak2...coz waktu nya maca akad nikah...aku sik da sitok la.aku diMIri.so sik pat la aku jadi pengatur acara pengantin kelak.so Sad i am.n anak buah aku bertunang on 25.11.2011 acara malam.Yoh2 nang mals la ehh...akhirnya aku datang pengilan ajak...coz aku kepak nak mampus.hahaha Bulan 11 tok juak.perginya kerahmatullah pengerusi kami.keadaan semua dalam terkejut.dah ajal nya nak...ni nak molah.sedih2 ya mmg ada.sik da nak medo koh.sik byk sikit jak.ALfatihah...byak juak ku rasa benda yang terjadi dalam bulan 11 tok koh...so sad with my fren...Hanya Allah yang tauk perasaannya,coz aku sama nya time ya.Sik hallah...Allah ya Maha Adil.kecewa dgn kawn ku sorg gik.aiiii...lumrah kehidupan.sik susah carik susah.nak senang sik maok dicarik.nak susah ya juak nyaman. tok dah penghujung NOvember.Patut sik ku madh NOVEMBER RAIN bah...byk gik kisah duka dari kisah suka.hehehehehe..Nway...hati tok ada sentiasa ada taman bila nya selalu ada...;))

Tuesday, 1 November 2011

Perginya dia memberi satu erti kehilangan yang besar

Tanggal 28 Oktober 2011 bersamaan 1 Zulhijah tahun 1432 H jam 11+ malam...perginya Allahyarham Molok Bin Ojek atau udak molok meninggalkan kami sekeluarga. Pemergiannya tanpa diduga,diiringi dengan titisan air mata kepada sesiapa yang rapat dengan Allahyarham. Mungkin ini adalah ketentuan tuhan buat dirinya. Perginya tidak disamping keluarga yang tercinta, tanpa pengetahuan keluarga Allahyarham sendiri. Yang pergi tak kan kembali...hanya doa dan Alfatihah sebagai pesanan buat dirinya di alam Barzakh. Tiada kata yang terakhir buat dirinya. Tiada kata buat kami sekeluarga. Mungkin ini adalah permintaan nya kepada Allah supaya tidak menyusahkan keluarga nya denagn yang lain. wajah sayu anak-anaknya dan tangisan isterinya yang tersayang memberi kesan yang amat mendalam kepada kami sekeluarga kerana pemergiannya tanpa kami sekeluarga duga...Alfatihah jam 1 am...aku menerima panggilan telefon dari usu. Dengan nada yang sayu dan pilu...usu memberitahu aku,udak dah meninggal.dalam keadaan yang terkejut seolah-olah itu hanya gurauan. hanya tuhan yang tahu hati dan perasaan aku ketika itu. dengan hati yang tenang...ku bergegas memberitahu pakcik ku tentang berita ini.ku hanya pasrah.terima ketentuan tuhan,suamiku pad aketika itu yang hendak nyenyak tidur...terbangun bila melihat ku dalam keadaan mengejut. anak-anak semua ku bangunkan.malm tu aku sampai dirumah mayat.melihat wajah arwah.hati ini bagaikan hancur.namun aku pasrah.kerana arwah merupakan seorang yang rapat dengan aku.suasana pilu menyelubungi aku dirumah mayat,melihat kepada anak arwah yang tak mampu lagi berbicara kerana terlalu terkejut dengan kematian bapa mereka.hati ini makin bertambah sayu dan pilu. sehinggalah pada keesokan paginya,sepatutnya aku menghadiri satu mesyuarat BOD pada hari itu,tetapi ku batalkan saja.kerana tiada yang lebih penting bagi aku selain ku utamakan keluarga dahulu dari kerja.pagi itu masih lagi dalam rumah mayat.kali terakhir aku melihat wajah arwah ketika hendak dikafankan.sempat aku memberi kucuran air buat kali terakhir dan mencium arwah.itulah saat yang paling tidak ku lupakan. Arwah dikebumikan hari itu juga iaitu pada sebelah petangnya.Semoga Arwah tenang dan rohnya dicucuri rahmat,diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN.